MY ACTION RESEARCH PROPOSAL ( KAJIAN TINDAKAN)

This is my action research proposal. I did it last night. Thank you to Kak Azlina and Juitah for checking the grammar for me. It has been quite a long time that I didnt write essay in Malay Language. And thank you to Kak Sabariah for lending me all informations and examples of action research papers. Thank you!


TAJUK KAJIAN : Menguasai Topik ‘Square’ dan ’ Square Root’ ( Kuasa Dua Nombor dan Punca Kuasa Dua ) Pelajar Tingkatan 2 Bestari dengan Manggunakan Program ‘ Beautiful Numbers’.

NAMA PENGKAJI : Panitia Matematik
NAMA SEKOLAH : SMK Seri Lalang
Jalan Ayer Hitam,
86000 Kluang, Johor.

1. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

Sewaktu saya mengajar Bab 2 Matematik Tingkatan 2 Bestari, saya dapati pelajar tidak dapat menjawab latihan yang diberikan dengan betul lebih-lebih lagi bahagian punca kuasa dua nombor kerana pelajar tidak dapat mengaitkannya dengan kuasa dua nombor tersebut. Keadaan menjadi lebih buruk lagi apabila pelajar tidak dapat menjawab topik yang berkaitan iaitu penganggaran kuasa dua dan penganggaran punca kuasa dua. Kurang daripada 20% pelajar yang dapat menjawab soalan bahagian ini dengan betul. Apabila saya bertanya kepada pelajar bahagian topik yang mereka rasa amat keliru dan tidak boleh dijawab, mereka menyatakan bahawa mereka langsung tidak faham sedikit pun bab ini. Jawapan pelajar ini memberikan saya satu tamparan yang hebat. Pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan adalah tidak berkesan sama sekali kerana pelajar tidak memahami langsung apa yang diajar. Selain itu, saya juga menyedari bahawa ramai dalam kalangan pelajar Melayu dan India di kelas ini mempunyai asas pendaraban yang lemah. Jadi adalah menjadi masalah kepada pelajar ini untuk menguasai bab ini dengan baik. Apabila pelajar tidak dapat menjawab soalan yang diberikan, pelajar secara langsungnya menjadi tidak berminat untuk membuat latihan yang berkaitan dengan bab ini. Pelajar juga tidak mahu mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran yang dijalankan.

Apakah yang patut saya lakukan untuk menarik minat pelajar untuk mempelajari bab ini dan seterusnya menguasai topik ini? Apakah tindakan yang boleh saya ambil untuk mengatasi masalah ini? Saya telah berusaha untuk memberi contoh yang banyak dan pelbagai kepada pelajar tetapi masalah ini masih lagi tidak dapat diselesaikan. Pelajar boleh menjawab soalan yang diberikan dengan betul apabila saya membimbingnya langkah demi langkah. Tetapi, apabila saya memberi soalan untuk pelajar menjawabnya sendiri, pelajar masih lagi tidak boleh menjawabnya dengan betul. Jika pelajar tidak dapat menguasai bab ini dengan baik, pelajar akan menghadapi masalah apabila menjawab kertas 2 kelak kerana mereka tidak membenarkan penggunaan kalkulator. Jika masalah tidak dapat diselesaikannya sekarang maka ia akan berlarutan hingga ke Tingkatan 3. Bab ini tidak akan diajar semula di Tingkatan 3 tetapi akan diaplikasikan dalam penyelesaian masalah terutamanya topik yang berkaitan dengan luas segiempat.

2. Fokus Kajian

Walaupun saya mendapati bahawa ramai pelajar kelas saya yang menghadapi masalah Matematik, saya akan fokuskan kajian ini kepada masalah penguasaan kuasa dua nombor dan punca kuasa dua nombor. Pelajar bermassalah untuk menjawab soalan topic kuasa dua dan punca kuasa dua nombor. Dengan membantu pelajar menguasai topik kuasa dua dan punca kuasa dua ini pelajar akan menunjukkan minat untuk membuat latihan bab ini dan menjawab soalan yang diberikan dengan betul dalam ujian dan peperiksaan sekolah.


3. Objektif Kajian
Selepas kajian ini selesai dijalankan, pelajar-pelajar diharap akan dapat mencapai objektif berikut:

i. Objektif Umum
Meningkatkan prestasi Matematik pelajar tingkatan 2 Bestari.

ii. Objektif khusus
Pelajar dapat menjawab soalan kuasa dua nombor dan punca kuasa dua nombor dengan betul.
· Pelajar dapat menganggarkan kuasa dua dan punca kuasa dua nombor yang diberikan dengan betul.
· Meningkatkan minat pelajar dalam P&P topik ini dan juga P&P Matematik.


4. Kumpulan Sasaran

Kajian ini melibatkan 36 orang pelajar Tingkatan 2 Bestari yang terdiri daripada 27 orang pelajar Melayu, 7 pelajar Cina dan 2 orang pelajar India.

5. Tindakan yang dicadangkan

i. Tinjauan masalah
Sebelum program dijalankan, tinjauan terhadap masalah yang dikenalpasti akan dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam masalah tersebut. Tinjauan dilakukan dengan mengutip data seperti berikut:
· Ujian khas diberikan untuk menganalisis masalah topik ini. ( pre-test )
· Latihan dalam buku teks dan buku kerja yang diberikan.

ii. Program Beautiful Numbers

Cara pelaksanaan
(a) Guru menyenaraikan ‘Beautiful Numbers’ kepada pelajar. Beautiful Numbers yang diberikan adalah nombor-nombor kuasa dua sempurna dari nombor 1 hingga 20. Beautiful numbers tersebut adalah 1, 4, 9, 16, 25, 36, 49, 64, 81, 100, 121, 169, 196, 225, 289, 324, 361 dan 400.Guru meminta pelajar menyalin nombor tersebut dalam buku latihan dan juga juga menampalkan senarai tersebut di papan kenyataan kelas.Guru memberi tempoh satu minggu kepada pelajar untuk menghafal beautiful numbers tersebut.

(b) 10 minit sebelum P & P dijalankan guru akan bertanya kepada setiap pelajar beautiful numbers secara rawak.

(c) Guru meminta pelajar mengaitkan nombor-nombor tersebut dengan punca kuasa dua nombor.

(d) Guru meminta pelajar menganggarkan kuasa dua nombor untuk nombor-nombor yang lebih besar dan nombor-nombor perpuluhan.

(e) Guru memberikan post-test kepada pelajar untuk membandingkan keputusan sebelum dan selepas program dijalankan.

Bla, la, bla... Boring day

Today is the first day of school after a week break. Last Friday I went to a concert, I got a VIP seat. The photo is unable to be uploaded today because I am busy with action research that need to be submitted by this Friday. Headache thinking about it. hmm.... career as a teacher is not as easy and simple as I think. So many extra work that need to be done. But this career also can give me the satisfaction that no other career can give.

Myself

My photo
KLUANG, JOHORE, Malaysia
Hi, welcome to my blog… This blog is created specially to show you all my life as a teacher in SMK Seri Lalang, Jalan Ayer Hitam, Johor, Malaysia. I’ve been teaching in this school for three years and a lot of sweet memories were showered upon me by my colleagues and my students. So, I would like to show my billions of thanks and appreciation by posting their generous and kind faces for all my blog visitors to see.

About this blog

Followers

SWEET CHAT


ShoutMix chat widget

My dearest friend

Hit me!!!

FEEDJIT Live Traffic Map