This is a part of my action research.
5.2.1 Cara pelaksanaan
(a) Guru menyenaraikan ‘Beautiful Numbers’ kepada pelajar. Beautiful Numbers yang diberikan adalah nombor-nombor kuasa dua sempurna dari nombor 1 hingga 20. Beautiful numbers tersebut adalah 1, 4, 9, 16, 25, 36, 49, 64, 81, 100, 121, 169, 196, 225, 289, 324, 361 dan 400.Guru meminta pelajar menyalin nombor tersebut dalam buku latihan dan juga juga menampalkan senarai tersebut di papan kenyataan kelas.Guru memberi tempoh satu minggu kepada pelajar untuk menghafal beautiful numbers tersebut.


Berikut adalah contoh senarai yang dibuat oleh pelajar.


Pelajar ini menampalkan senarai nombor kuasa dua sempurna ini di halaman kulit buku latihannya.

(b) 10 minit sebelum P & P dijalankan guru akan bertanya kepada setiap pelajar beautiful numbers secara rawak.
Cara guru menyoal adalah secara lisan dan setiap pelajar akan ditanya 3 soalan. Pelajar yang tidak dapat menjawab dengan betul akan didenda untuk menyalin senarai itu mengikut bilangan kesalahan.

Contoh dialog antara guru dan pelajar semasa sesi soal-jawab.

Guru : What is the square of 17?
Pelajar : 289
Guru : Square of 13?
Pelajar : 169
Guru : 7 square?
Pelajar : 49

Program ini juga dapat membantu dalam read-aloud program (RAP) di mana pelajar dapat menyebutkan jawapan yang diberikan dalam Bahasa Inggeris dengan betul.

Selain dari itu, guru juga minta pelajar mengaplikasikan beautiful numbers itu untuk nombor-nombor yang lebih besar dan juga nombor perpuluhan.

6. DAPATAN KAJIAN
Selepas program ini dilaksanakan, pencapaian pelajar dalam topik ini adalah meningkat daripada 20% kepada 80% pelajar-pelajar dapat membuat latihan untuk topik punca kuasa dua nombor dan punca kuasa dua nombor dengan baik. Selain itu, Pelajar juga dapat menjawab soalan ujian yang diberikan dengan lebih baik.Terdapat peningkatan dalam ujian pre-test dan post-test yang dijalankan. Secara puratanya peratus pelajar yang dapat menjawab dengan betul topic ini adalah meningkat daripada 26.3% kepada 68.1%. Peningkatan peratusan pelajar yang dapat menjawab soalan topik ini dengan betul adalah sebanyak 41.8%
Selain daripada peningkatan dalam peratusan pelajar yang dapat menjawab dengan betul dalan bab ini, pelajar juga mula menunjukkan minat untuk mencuba untuk menjawab soalan-soalan yang diberikan. Program ini juga dapat menambahkan keyakinan pelajar untuk menjawab soalan-soalan bab ini. Pelajar-pelajar berbincang sesame mereka untuk menjawab soalan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada bimbingan guru dalam menjawab soalan bab ini.


Pelajar-pelajar menunjukkan minat untuk menjawab latihan-latihan yang diberikan Pelajar membuat latihan yang diberikan dengan bersungguh-sungguh.

7. CADANGAN KAJIAN MASA DEPAN
Diharap dengan adanya program beautiful numbers ini dapat diperbaiki dan dimurnikan lagi supaya pencapaian pelajar adalah 100%.

Myself

My photo
KLUANG, JOHORE, Malaysia
Hi, welcome to my blog… This blog is created specially to show you all my life as a teacher in SMK Seri Lalang, Jalan Ayer Hitam, Johor, Malaysia. I’ve been teaching in this school for three years and a lot of sweet memories were showered upon me by my colleagues and my students. So, I would like to show my billions of thanks and appreciation by posting their generous and kind faces for all my blog visitors to see.

About this blog

Followers

SWEET CHAT


ShoutMix chat widget

My dearest friend

Hit me!!!

FEEDJIT Live Traffic Map